Penanaman Keladi merah

Di Malaysia, keladi ini banyak tersebar di kawasan ladang kelapa sawit dan tepi paya melalui benih yang hanyut dibawa arus semasa hujan dan bah. Umbinya tercabut bersama anak benih dan tersebarkan ke tempat baru. Keladi ini boleh membiak dengan pantas di tempat yang redup atau panas dengan sumber air yang mencukupi.

Bentuk dan corak daunnya yang menarik membuatnya sesuai ditanam di halaman rumah. Ukurannya yang sederhana pula memudahkan tanaman ini ditanam di dalam pasu mahupun di tanah lapang. Anak benih baru boleh diasingkan terus ke tempat semaian untuk dibiakkan. Untuk kegunaan seni laman hiasan, pokok ini biasanya ditanam sebagai penyerlah pokok utama. Daunnya juga dapat membantu mengelakkan tanah menjadi kering akibat terkena cahaya.